NADI – AWARENESS: Kempen Internet Selamat : Phishing dan Scam Atas Talian

4 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

3 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – AWARENESS: Kempen Internet Selamat: Phishing dan Scam Atas Talian. Seramai 4 orang peserta terlibat dalam kelas ini terdiri daripada 2 peserta sekolah rendah dan 2 peserta sekolah menengah.

Webinar “Phishing dan Scam Atas Talian” bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pelbagai bentuk penipuan siber yang semakin berleluasa. Peserta didedahkan dengan taktik yang sering digunakan oleh penjenayah seperti pautan palsu, mesej mencurigakan, panggilan telefon penipuan dan laman web tiruan untuk mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan mangsa. Webinar ini turut menerangkan cara mengenal pasti tanda-tanda phishing, langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam serta kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang tindakan. Program ini membantu peserta mengamalkan penggunaan internet yang lebih selamat dan berwaspada dalam urusan digital harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali